okey guys, kali ni aku nak pot pet sikit pasal kerja kursus seni sem 3.
well, setiap tahun mestilah lain kan dia punya soalan, tapi hanya satu yang pasti (agaknyalahh..)! soalan nya sama ada perekaan ataupun pengakryaan. nak buat kerja kursus mesti nak ada proposal kan...dan aku tau, dalam banyak banyak kerja kursus, proposal menjadi salah satu masalah...
jadi...aku dedahkan la sikit keyword dia..tapi aku tak boleh la dedahkan hasil kerja aku. bahaya kotttt.
1. PENGHARGAAN
yang ni korang copy paste jer dari kerja kursus P.A sem 2. jangan pikir banyak sangat. lepastu korang tukar la sikit sikit macam subjek, guru korang...
2. PENGENALAN
disebabkan aku tak bercadang nak dedahkan hasil kerja aku jadi....aku cuma bagi keyword key. contoh, korang ambik pengkaryaan, berikan maksud pengkaryaan. pengenalan ni biasanya definisi jerrr.
3. PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
yang ni pun masalah jugak kan korang nak buat. key point nyer, apa yang jadi masalah korang nak buat kajian korang ataupun benda utama yang korang nak buat tu. korang kena nyatakan. mungkin penerangan aku tak berapa betul, pape pon, korang kena rujuk kat cikgu korang.
4. PENENTUAN TEMA, KONSEP, SUBJEK DAN KANDUNGAN
disebabkan aku buat pengkaryaan, jadi aku gunakan semua basic ni. cuma dalam proposal aku, aku lupa nak masukkan media dan teknik, lain kali korang masukkan eh. jangan jadi macam aku. aku dah hantar dah pun. dan mungkin saat korang baca ni, kajian aku dah siap da..
okey.. TEMA
tema ni lebih kepada penerangan soalan yang korang buat serta subjek utama yang terlibat. kat sini korang kena terangkan semula subjek serta penekanan korang
kedua.. KONSEP
konsep ni pun mesti korang masalah nak buat kan? konsep ni lebih kepada apa yang korang nak tunjukkan dalam kajian korang. korang kena bagi sekurang kurangnya 3. kat sini korang boleh cerita pasal aspek formal yang korang nak guna, cuma jangan terlalu detail. sebagai contoh, korang na guna semi abstrak. korang ceritakan apa itu semi abstrak. ataupun korang boleh ceritakan sifat2 subjek korang tu. aku tau, benda ni sudah untuk korang faham dalam bentuk teks, sekali lagi, tanya cikgu korang.
ketiga.. SUBJEK
serius, benda ni korang jangan lupakan! subjek terdiri daripada subjek utama dan subjek sokongan. apa tu subjek utama? subjek utama merupakan subjek dalam tema korang ataupun dalam soalan.
dan apa itu subjek sokongan? subjek sokongan ni benda sampingan yang korang nak tambah
contohnya : subjek utama korang kereta.. jadi subjek sokongan korang, korang boleh guna macam jalan raya, lampu jalan dan sebagainya
keempat..KANDUNGAN
mesti korang tertanya..apa benda ni???? kandungan ni terdiri daripada dua iaitu maksud tersurat dan maksud tersirat. maksut tersurat ni adalah mesej melalui imej tampak. cara korang nak sampaikan melalui imej tampak
makna tersirat pula adalah makna yang korang nak sampaikan kepada audiens melalui imej tampak. cthnya kenapa korang gunakan imej tersebut
jangan lupa masukkan MEDIA dan TEKNIK
5. ASPEK FORMAL DAN GAYA PENAMPILAN.
aspek formal sekurang kurangnya 3. aspek formal dan konsep berkait rapat. apa yang korang nyatakan dalam konsep, korang kena jelaskan dalam aspek formal. korang kena cerita kenapa korang nak gunakan aspek formal tu? cthnya korang nak guna keseimbangan. okey, kenapa korang nak gunakan keseimbangan? dia kena ada kaitan dengan soalan yang korang pillih ehhhh
gaya penampilan pulak...kat sini korang nak guna apa? abstrak? semi abstrak? realistik? kalau semi abstrak, aliran apa yang korang nak guna? pop art? post impressionisme? expressionisme? impressionism? macam yang korang tahu, ada banyak aliran..kalau nak unik, pilih la kubisme..hahahaha (aku serius!)
6. last but not least.. PERNYATAAN KEPENTINGAN KAJIAN
part ni consist tujuan korang nak buat kajian tu. yang pertama, korang boleh buat untuk diri sendiri. pandai pandai la korang buat ayat. okey, kenapa korang buat kajian ni? apa kepentingan kepada korang? mestilah demi markah kan? jangan nak temberang...hahahaha
benda ni sekurang kurangnya 3, tak tau la kalau boleh kurang, tapi aku buat tiga.
yang kedua, kepentingan kepada masyarakat/ audiens. kenapa korang buat ni untuk masyarakat? untuk beri kesedaran kepada masyarakat? boleh jer..yang penting jangan lari daripada soalan yang korang buat....dan lagi satu...pandai pandai korang. korang kan pandai, sebab tu la korang masuk form 6 un
okey, aku rasa aku da cerita banyak sangat ni. yang penting rujuk cikgu korang. tanya dan tunjukkan draf penulisan. jangan main taram jer, benda ni semua melibatkan markah. dan jangan lupa, catat tarikh korang discuss dengan cikgu korang. semua tu markah...
gud luck guys! btw, thanks key sebab sudi baca ni. aku harap, sedikit sebanyak, dapat tolong korang..
hi sis. sy ada masalah dalam penentuan tema, konsep, subjek dan kandungan .sis boleh tolong sy tak?
ReplyDeletehey, btw thanks for ur informaton.. im student from f6 thn ni jga memerlukan informasi mcm ni..jdi sya fhm sdala cra mulakan kerja kursus ni..thank you..
ReplyDelete#salamstudentdrisarawak
thank you awk... huh masalah selesai.
ReplyDeleteKesimpulan xde ke?
ReplyDeleteakak dh 2020 ni share lah akak punya proposal untuk rujukan kitaorng. pleaseee
ReplyDeletenicela bpleh membantu by the way bagus la slide ni hehheheehe membantu sangat buat banyak lagi yee
ReplyDelete