kebelakangan ni aku agak berminat nak buat cerita. tapi cerita aku tatabahasa dia memang tunggang langgang la. dengan guna perkataan singkatan, bahasa pasar. hahahaha. ni cerita ke sepuluh yang aku buat. takat ni dah ada 14 cerita yang terperuk dalam lappy aku ni. enjoy reading! by the way, ceritanya agak merepek. jangan fikir banyak sangat. huhuhu.
Violet memandang
bangunan yang berada dihadapannya. Rumah agam ni....selamat kembali ke rumah
asal aku. Pandangannya dilemparkan pada sebuah tingkap yang terbuka. Matanya
dikecilkan. Ada orang ke? Tiba tiba tingkap tersebut ditutup. Haa...ada la tu orangnya.
“okey tak? Atuk pergi dulu ya?”,seorang warga emas berusia 60 tahun melambaikan
tangannya pada budak perempuan tersebut. kereta tersebut terus memecut laju.
Lambaian tersebut dibalas dengan senyuman mesra. Satu keluhan dilepaskan.
Tangannya tiba tiba tangannya ditarik perlahan. “jom masuk”,seorang wanita
lingkungan 30-an memberikan senyuman. Makcik... detik hatinya.
Violet tergamam
melihat hiasan dalaman rumah agam tersebut. wow! Cantiknya! Dengan gaya klasik
inggeris,buat rumah tersebut kelihatan elegan. Krystal menepuk tangannya. Serta
merta muncul seorang budak perempuan lain yang datang dari dapur. “yes
mom”,budak perempuan tersebut membuat muka bosan. “lisa,bawakan beg violet ke
biliknya”.
Violet melihat
wajah tak senang hati lisa. Ni la kan sepupu aku dulu. Yang muda dua tahun
daripada aku. “she? Omg. I’m busy!”,lisa terus menapak. “lisa! Dont you
remember? She’s the one!”,lisa menghentikan langkahnya dan kembali kepada
violet. Tangannya dihulurkan. “my name..lisa. remember me?”,violet tersenyum
seraya menganggukkan kepalanya. Violet membalas salam yang dihulurkan. Lisa
terus menarik kembali tangannya. Violet dapat menangkap bisikan lisa
“disgusting”. Lisa memberikan senyuman hipokrit. “lawat la rumah ni,macam rumah
sendiri. Aku bawa beg kau kedalam bilik okey. Daaaa”
Krystal
menunjukkan sekeliling rumah tersebut kepada violet. Kemungkinan besar violet
sudah lupakan keadaan rumah tersebut kerana hampir 10 tahun violet tidak
menjejakkan kaki ke tempat tersebut. semenjak ibu bapa serta keluarga majikannya
terlibat dalam kemalangan 10 tahun lepas. Violet mendapat info bahawa rumah
agam tersebut akan jadi miliknya apabila umurnya dah mencapai 17 tahun. Lagi lima bulan ,umurnya genaplah
17 tahun. Mungkin maciknya tahu bahawa rumah ni akan jadi miliknya,sebab tu
takde angin takde ribut tiba tiba makciknya itu mengajaknya tinggal sebumbung.
Jari violet
menunjuk kearah sebuah bilik. “tu. Bilik apa makcik?”. Krystal tercegat melihat
bilik yang ditunjukkan oleh violet. “tu bilik stor. Yang penting jangan masuk”.
Violet membuat muka hairan. Takkan la bilik stor pun tak boleh masuk? Krystal
memberikan senyuman. “bilik stor tu dah lama tak bukak. Mesti banyak habuk.”
Violet mengangkat
keningnya. “kalau macam tu bagi saya kuncinya. Biar saya bersihkan”,tangannya
ditadahkan.
“tak boleh. Nanti
violet sakit pulak”
“takpe. Saya...”
“aku cakap tak
boleh tu tak boleh la!!”,violet terkesima apabila krystal meninggikan suaranya.
“errr,okey. Kalau ya pun makcik tak payah la marah-marah”. Krystal mengurut
dahinya. “maaf,makcik terkasar dengan kamu. Makcik risaukan kesihatan kamu.
Kamu mandi la dulu. Makanan dah siap dah. Nanti turun bawah okey?”,krystal
menepuk bahu violet dan menapak menuruni anak tangga. Violet mengangkat
bahunya. Okey,takut aku sakit,alasan tersebut boleh diterima. Tombol pintunya
dipulas. Violet menjeling bilik stor yang bertentangan dengan biliknya. Aku
teringin nak masuk bilik tu.
*--*--*
Violet
memerhatikan lisa yang dari tadi menjelingnya. “i’m full”,lisa terus mengangkat
pinggannya ke sinki. Usai membasuh langkah lisa ditujukan ke anak tangga.
Krystal menggelengkan kepalanya melihat kelakuan lisa.
“makcik,takpe ke
saya tinggal sini? Lisa macam tak suka saya jer.” Krystal tersengih mendengar
ayat violet. “dia memang macam tu. Violet pun tahu kan yang dia memang macam
tu”. Violet tersenyum mendengar ayat krystal. Memang perangai lisa dari dulu
macam tu. Tapi ‘people can change’. Lagipun aku rasa ayat tu macam nak sedapkan
hati aku jer. Krystal terus menuju ke sinki untuk membasuh pinggan.
“violet makan la
dulu,makcik naik atas ya.” Violet hanya menganggukkan kepalanya sambil
mengunyah makanan. Orang kat dalam rumah ni macam tak suka aku jer. Tapi,kesah
apa. Rumah ni kan rumah aku. Violet mengangkat keningnya sambil tersenyum.
“makanan ada
banyak lagi?”,tanya krystal sambil membuka peti ais di sudut bilik. Dilihatnya
makanan masih lagi banyak. “yang penting kau diam”,krystal terus berlalu.
Langkah krystal diiringi jelingan tajam.
----------------------
Sebulan
kemudian.....
Violet bermain
bola keranjang dihadapan rumah tersebut. bola keranjang tersebut dibiarkan
bergolek. Kenapa aku rasa macam ada orang yang perhatikan aku eh? Matanya
melilau memandang sekeliling. pandangannya terhenti pada sebuah tingkap bilik.
Tingkap tu...aku rasa dah sebulan tak bukak. Kenapa hari ni terbuka? Violet
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiba tiba tingkap tersebut tertutup
sendiri. Gulp! Bulu romanya serta merta naik. Baik aku masuk rumah. Tangannya
mencapai bola keranjang di lantai. Langkahnya dilajukan ke pintu masuk. Serius...seram
gila! Dah la usia rumah ni 10++.
Malam tersebut
violet mengurungkan dirinya di dalam bilik. Yeahhh,tinggal dia jer dalam rumah
ni. Pembantu rumah harian dah pun balik. Makcik dengan sepupunya dah pun
keluar. Ada function katanya. Violet mencebikkan bibirnya. Nak pergi function
tak ajak aku. Nampak sangat aku ni tak penting. Tiba tiba telinganya menangkap
bunyi piano. Matanya dibulatkan. Bunyi apa tu?! Please! Aku dah la sengsorang
kat dalam rumah ni. Malam pulak tu. Bunyi tersebut semakin jelas menyapa lubang
telinganya. Violet melangkah ke arah pintu. Tangannya menggeletar memulas
tombol pintu. Dia memberanikan dirinya mengintai keluar.
Bunyi tersebut
semakin jelas. Dia melihat bilik stor dihadapannya. Dia menelan airliur. Memang
selama ni aku nak masuk bilik stor tu. Tapi.... kakinya melangkah perlahan
kearah bilik tersebut. tombol pintu dipulas. Eikkk,berkunci. Bibirnya
tersengih. Tiba tiba rasa takutnya hilang. Tangannya menyeluk kedalam poket
seluar. Kunci....
Matanya menjeling
kearah pintu. Jari jemarinya segera berhenti bermain piano. Krystal ke? Tiba
tiba pintu bilik tersebut dibuka. Pandangan mereka berdua bertaut. Violet
ternganga melihat figura manusia berambut panjang dihadapan piano. Pandangannya
serta merta gelap.
*--*--*
Violet membuka
matanya perlahan. “kau dah bangun?”. Satu suara budak lelaki menyapa
pendengarannya. Dia segera memandang manusia berambut panjang tersebut.
mulutnya segera ditutup. Manusia tersebut berjalan kearah violet yang berada di
atas katil. Violet mengesot kebelakang. Dia mengundurkan dirinya apabila
manusia tersebut semakin hampir dengan senyuman seram. “jangan dek...kat!!!”.
gedebuk!! Violet mengaduh kesakitan. Dia melihat manusia diatas katil tersebut
gelak terbahak bahak.
“rileks...aku
manusia...yang akan makan darah kau!!!”,violet segera berlari mengelilingi
bilik tersebut apabila manusia tersebut mengejarnya. Kedengaran manusia
tersebut gelak terbahak bhak. Barang barang di dalam bilik tersebut bersepah
dibaling oleh violet. “matilah kau! Pergi!!”. Manusia tersebut masih lagi
dengan gelaknya. “aku takkan mati. Hahahahahaha!!”
Violet terduduk
kepenatan. Tangannya masih lagi membaling barang barang yang berada diatas
lantai. “per...gi”,nafasnya tercungap cungap. Manusia tersebut berjalan kearah
violet.
“dah la tu.
Takyah la penatkan diri kau lagi. Jangan risau. Aku ni manusia”. Perkataan
manusia bergema dalam kepala violet. “tidakkk! Tak mungkin!!! Kau bukan
manusia!!”. Violet menutup telinganya. Jeritan violet cukup membuatkan telinga
manusia tersebut sakit. Manusia tersebut mengeluh.
“kecoh la kau ni.
Tengok ni.” Manusia tersebut mengguriskan mata pisau pada lengannya. Kelihatan
darah menitis. “aku ni manusia. Ada darah. Okey?”. Violet melihat darah yang
menitis. Betul jugak eh apa yang dia ni cakap. Pandangannya dialihkan pada
manusia tersebut. “sekarang tengok ni...aku makan darah...hehehehehehehe!”.
manusia tersebut menjilat darahnya sendiri. Violet membuat muka geli. Terasa
hendak muntah apabila melihat manusia tersebut menghisap darahnya sendiri.
Bluekkkk!! Violet memuntahkan isi perutnya pada baju manusia tersebut. manusia
tersebut terkedu dengan tindakan violet. Nampaknya...gurauan aku agak melampau.
*--*--*
Violet
memerhatikan manusia tersebut menukar baju. Nampaknya,dia ni lelaki. “nama kau”,manusia
tersebut menoleh kebelakang. “nama aku evelyn. Panggil aku eve”. Violet
tersengih sengih mendengar nama lelaki tersebut. eve? Evelyn?! Nama perempuan
kan?! “kau boleh gelak kalau kau nak”. Tanpa segan silu violet terus
menghamburkan tawanya. “kenapa nama kau
macam perempuan?”. Violet mengesat airmata yang keluar akibat gelak sakan tadi.
Eve mengangkat bahunya. Rambutnya yang paras pinggang tersebut disanggul.
Sekali lagi violet gelak terbahak bahak. “damn! Sebijik macam perempuan!
Hahahahahaha!”. Eve tersengih lalu memberikan air kepada violet. Violet
menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu.
Tiba tiba violet
tersedar sesuatu. Dia melihat jam tangannya. Arghhhh! Habisla. Mesti makcik
marah kalau tahu aku masuk bilik ni. Violet mempamerkan wajah risaunya. “jangan
risau,selalunya makcik kau tu kalau keluar malam dia terus tidur. Bilik kita
dengan diorang pun jauh kan. Bilik ni pun kedap bunyi”.
Violet membuat
muka hairan. Dia ni macam tau tau jer apa yang aku tengah fikir. “habis,macam
mana aku boleh dengar bunyi piano dari luar?”. Eve tunjuk kearah Hi-Fi sambil
membuat tanda bagus. Dia terus berlari kearah Hi-Fi tersebut dan memeluknya.
“ni la baby aku! Namanya wendy. Wendy,kenalkan. Tu orang gila yang masuk bilik
aku. Nama dia violet”,eve mencium Hi-Fi miliknya. Mata violet terkebil kebil
memandang eve. Aku...aku gila? Bukan dia ke yang gila?
Eve memandang
tajam violet. Apa...kah? tanpa sedar,eve terus menolak violet sehingga
terjatuh. Mulutnya menggigit getah rambut violet berbentuk strawberry tersebut.
mata eve dibulatkan. “puih puih! Werkkkk! Tak sedap!”,violet mengangkat
keningnya. Mestilah tak sedap.
Grukkkk!
Kruekkkkkkk~. Violet memandang eve sambil tergelak. “laaa,lapar rupanya.” Eve
memerhatikan violet yang mengambil makanan dari dalam peti ais milik eve. Sepotong
kek diberikan kepada eve. “tell me. Kau ni gila eh??”. Eve segera mengambil
pinggan pada tangan violet dan mula menyuap.
“kalau aku cakap
aku tak gila,kau nak percaya ke? Takde orang gila yang akan mengaku dia tu
gila”. Violet memandang eve sambil tersenyum. “jadi,kau separuh gila?”. Eve
memetik jarinya. “yeahhhh!!! Kuarang
tepat! Hahahahaha!!!!”. Violet menggigit bibir atasnya tanda geram. Eve
menjeling pada wajah violet. “okey then. ‘wayar’ aku Cuma putus sikit jer.
Selebihnya aku agak normal”. Violet tersenyum lega. Sekurang kurangnya aku
takde la berkawan dengan orang yang sepenuhnya gila. Violet menjeling jampada
tangannya. Pukul 3 pagi.....
Pandangannya
dialihkan pada eve yang sedang makan. “eve,aku masuk bilik aku dulu. Dah lewat
ni.”. violet memulas tombol pintu tersebut. tangan kirinya terasa dipegang.
Violet melihat kebawah. “terima kasih sebab datang. Datang la lagi. Aku
sunyi”,tangan violet dilepaskan. Violet memberikan senyuman kepada eve. “aku
tak janji”. Pintu bilik eve dikunci dari luar. Eve mengukirkan senyuman hambar.
Dah lama aku tak rasa macam ni.
---------------------------
Violet membuat
muka bosan semasa tengok tv. Bosannya,kat sini takde kawan langsung. Kalau kat
kmapung aku boleh panjat pokok,mandi sungai. Lagipun dekat tiga minggu aku tak
jumpa eve. “mama...lisa keluar dulu ehhh”,violet memandang lisa yang membuka
pintu rumah. “kau pahal?!”,lisa sempat menjerit pada violet sebelum menutup
pintu. Violet menggelengkan kepalanya. Kasar betul. Luka hati aku. Bibirnya
mengukirkan senyuman sinis. Tiba tiba idea datang. Ting ting ting! Semakin
terang! Dari senyuman sinis,violet membuat senyuman nakal.
“makcik! Violet
nak pergi joging ni. Mungkin violet balik lewat. Nak buat lawatan”,krystal
mengangguk dan memberikan senyuman. Violet tersengih sambil membuka pintu.
Makcik pun bukan kesah sangat aku balik pukul berapa.
Balik? Heh! Aku
memang ada dekat rumah. Dia memandang pokok yang tumbuh tinggi tersebut. pokok
tersebut cukup tinggi untuk ke bilik eve. Dia memerhatikan sekeliling. sampai
jer kat daun daun nanti,takde sape lar yang akan nampak aku. Kakinya segera
memanjat pokok tersebut.
Tuk tuk tuk!
Tingkap bilik segera dibuka. Eve tersengih sengih melihat violet. Dia segera
mengambil roti dan mencubitnya sedikit. Violet membuat muka hairan. “chirp
chirp...makan la.....”,roti tersebut diletakkan diatas kepala violet. “ape kau
buat??”. Violet mengangkat keningnya.
“just wait...”.
tup! “ouch! Ape ni?”,belumsempat violet memegang kepalanya,kedengaran lagi
bunyi. Tup! Tangan violet pantas memegang kepalanya. Err,burung. Keningnya
diangkat. Dilihatnya eve tersenyum lebar. Violet terus melompat masuk kedalam
bilik eve. Tiba tiba alarm berbunyi kuat.
“penceroboh!
Penceroboh!!!”,eve mengambil mikrofon dan menjerit. Violet menolak kasar badan
eve. “hey! Nanti kalau makcik dengar macam mana?!”,eve tersengih. “baik kau
cepat menyorok”,violet terus membuka almari baju eve dan menutupnya.
Eve melihat
krystal yang dah pun berdiri di muka pintu. “shut up!”. Eve melangkah ke arah
krystal. Dia menyentuh rambut kristal. “macam.....”,krystal membuat muka pelik
apabila eve berhenti bercakap. “mi!!”,eve segera menggigit rambut krystal. Nyum
nyum nyum! Kristal terus menghempas pintu bilik eve dan menguncinya dari luar.
Eve membuka almari bajunya. Gedebuk! Violet terus terjatuh diatas lantai. “kau
sandar dekat pintu almari ehhh?”. Violet tersengih sengih sambil menggaru
kepalanya apabila diteka oleh eve. Violet mencapai tangan eve. “aku datang nak
temankan kau”
*--*--*
“tak suka
laaaaaa”,eve cuba melepaskan dirinya. Violet menarik rambut panjang eve.
“dengar sini! Aku terpaksa ikat kau dekat kerusi sebab tak nak kau lari tau!
Liat betul nak potong rambut. Eve menyemburkan air liurnya. “geram betul aku
dengan kau ni”
“tadi kata nak
temankan aku. Ni kenapa nak dera aku?! Eiyyyyy! Aku tak rela rambut aku
digunting oleh orang gila macam kau ni”. Violet mengetuk belakang eve dengan
kepala gunting. Kecoh betol! Violet memegang bahu eve. “sekarang kau nak gaya
rambut apa?”
“aku
nak...goku...”
“lain!”
“naruto....”
“kau ni gila eh?”
“mickey mouse?”
“aku tak patut
tanya kau”,eve tersengih melihat wajah violet tersenyum dari cermin. Kau comel
macam dulu violet. Detik hatinya.
Violet mencekak
pinggangnya. “cantik kan?”. Eve menyentuh rambutnya sendiri. “hodoh jer......”.
“arghhhhhh!
Kenapa kau cakap macam tu? Menikam siot”,violet meletakkan tangan pada sweaternya.
Eve tersenyum jahat. Tangannya mengambil pisau ditepi. “nak main tikam tikam
ke?”
“okey okey. Aku
gunting lawa ape. Daripada rambut kau yang panjang tu,menakutkan”
Eve mendekati
violet. Mukanya didekatkan. “sebab tu aku suka. Sebab menakutkan”,violet
meneguk airliurnya apabila melihat eve tersengih. Ngeri betul dia ni. Semacam
psycho pun ada. “by the way,kenapa makcik kurung kau kat sini?”
Eve mengorek lubang
hidungnya sambil mencangkung diatas tilam katil. Matanya melihat siling. “sebab
harta.....”,violet membuat muka hairan. “harta?”. Eve tersenyum pada violet.
Dia segera menarik pipi violet. “mestila sebab aku gilaaaaaaa”,pipi violet
ditarik mengikut eve berlari sekeliling bilik tersebut.
“adeyhhhhhh!
Sakit la weyh!!!”,violet menggigit tangan eve. Kalau dah berkawan dengan orang
gila,perangai pun kene la jadi gila sikit. Eve menarik tangannya kembali.
Violet mengusap pipinya. Wuuuuu,sakit wooooo. Merah kutttt. Tiba tiba eve
mendekatkan mukanya. Bibrnya mencium bawah mata violet. Dup dup dup......
Srutttt!
Srutttt!!! Violet membulatkan matanya. Apa dia ni buat?!!! Tangannya segera
menolak badan eve. “alaaaaaaa!!!! Nak lagiiii!!!”,eve menghentakkan kakinya ke
lantai.
“kau nak
ape???!!!”
“ada air mata kat
bawah mata kau....rasanya masin. Sedapppp! Nak laaaaaa!!!”,tangan eve
mencengkam bahu violet. “sakit la eve!!!”
“nak lagi!!”,eve
mendekatkan mukanya lagi sekali.
Pang! Satu
tamparan melekat pada pipi eve. Eve memegang pipinya. Dilihatnya violet
mengesat airmatanya. Belum sempat eve mencapai tangan violet,violet dah pun
memanjat pokok tersebut semula. Eve melepaskan keluhan berat. Bibirnya
tersenyum. Mungkin gurauan aku terlalu kasar. Aku Cuma nak bergurau. Aku dah
terlalu lama sunyi. Hampir setahun orang bawahan aku tak contact aku. Dia
menuju kearah tingkap. Tingkap tersebut ditutup. Wajahnya dilihat pada cermin.
Rambut ni...lawa. eve gelak kecil sambil menggayakan rambutnya.
Pintu rumah
ditutup kuat. Krystal segera menjenguk ke ruang tamu. “kenapa tutup pintu tu
kasar?”. Langkah violet laju menaiki anak tangga. Pintu biliknya ditutup kasar.
Sweaternya dibuka. Bantal diatas katilnya dibaling kearah dinding. Arghhhh!
Apahal eve tu?! Kenapa dia gila macam tu?! Tiba tiba violet tersedar.
Punggungnya dilabuhkan diatas katil. “ya...dia memang dah gila. Tapi kenapa
dengan aku? Kenapa aku rasa marah sangat? Sepatutnya aku dah expect benda macam
tu akan jadi”,bisiknya perlahan. Badannya direbahkan diatas katil. Matanya
ditutup menggunakan lengan. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar. Nampaknya aku
pun dah ikut jadi gila sekali.
*--*--*
Pintu bilik eve
dibuka perlahan. Dia menjenguk kedalam. Perghhh,gelapnya. Button handphonenya
ditekan agar bercahaya. Dia melihat katil eve. Kakinya perlahan melangkah ke
katil tersebut. dia menyuluh muka eve menggunakan skrin handphonenya. Kan elok
tidur macam ni. Takde la nampak kau ni gila sangat. Eve membuka matanya
perlahan. “ape ni.....”,matanya digosok. Violet menggigit bibir bawahnya.
Alamak,aku terbangunkan dia daripada tidurla. Cahaya skrin hanphonenya mati
sendiri.
“deyy orang gila.
Ape kau buat kat dalm bilik aku pagi pagi buta macam ni?”,violet hanya dapat
mendengar suara eve. Tubuhnya statik berdiri tak bergerak. Lampu tidur tiba
tiba menyala. Violet memberikan senyuman kepada eve. Sehelai kertas diserahkan
kepada eve. Eve mengangkat keningnya. Dia tak rasa nak bercakap atau membuat
perangai gilanya. Kertas tersebut diletakkan diatas katil. Kaki violet terus
melangkah kearah pintu bilik eve dan menguncinya daripada luar. Tangan eve
mencapai ketas kecil tersebut. matanya membaca setiap patah perkataan yang
ditulis. “sorry?”,kertas kecil tersebut direnyukkan dan dibaling kebelakangnya.
“tak pentingggggg. Baik aku tidur”,bisiknya sendiri.
-----------
Bibir eve
terkumat kamit membuat kiraan. Tiba tiba kedengaran tingkapnya dibuka. Eve
tersengih,tak lain tak bukan violet la orangnya. Kebelakangan ni violet semakin
kerap menemaninya. Takde la rasa sunyi sangat. Violet tersengih melihat eve
membuat tekan tubi. Begnya dicapakkan diatas katil eve. Peti ais eve dibuka.
Botol air mineral dicapainya. Violet segera menguk air tersebut. penat woooo
panjat pokok naik atas ni. Nak tengok sekeliling lagi nak pastikan line clear.
“heyyy,orang gila
pun bersenam ke?”,eve berhenti membuat tekan tubi. “aku cuma wayar putus jer.
Takde la gila mana”. Eve mengambil botol air yang berada pada tangan violet dan
meneguknya.
Violet memerhatikan eve minum air dalam botol tersebut. kenapa aku
nampak dia ni macam macho eh?? Violet tersengih sengih. “kau ni gila ke tak?”.
Eve berhenti minum dan mengangkat keningnya. “nak tengok aku gila ke tak?”
“show to
me”,violet menyilangkan tangannya dan tersenyum sinis. Eve membelakangi violet.
Violet mengecilkan matanya. Apa ajer la mamat ni? Eve terus memeluk violet.
Violet terkedu. dup dup dup.... eve melepaskan violet. “apa kau buat?”,eve
membuat tanda peace. Tiba tiba violet terasa sesuatu dalam sweaternya. Tubuhnya
menggeliat kegelian. Violet terasa sesuatu bergerak di ketiaknya.
“arghhhhhhhhh!”,sweaternya segera dibuka. Sebaik sahaja sweaternya jatuh atas
lantai,keluar beberapa ekor lipas. Eve menekan nekan perutnya sambil gelak.
Violet terus memanjat keatas katil sambil menepuk nepuk tubuh badannya sendiri.
Eve masih lagi
dengan gelaknya. Tangannya pantas mengambil sesungut lipas lipas tersebut.
lipas lipas tersebut dihayun didepan muka violet. “arghhhhhhh!!!!!!”. Buk!
*--*--*
Eve menekan nekan
pipinya yang lebam. “tu la.....kacau aku lagi” violet menyuap keropok kedalam
mulutnya. Eve menjeling violet yang sedang sedap melantak stok makanannya.
Violet membalas jelingan eve kembali. Eve memuncungkan bibirnya. “sakitnya tu
di sini pada lebam di pipi~”,nyanyinya sambil menekan lebam tersebut.
Violet menekan
lebam tersebut dengan lebih kuat. Kedengaran eve menjerit. Violet tersengih
sehingga menunjukkan giginya. Seronok jugak bergurau dengan dia ni. Violet
berhenti mengunyah. Mungkin ni masa sesuai untuk aku tanya. “hey...kenapa
makcik tak nak masukkan kau ke hospital bahagia eh? Lagipun dah berapa tahun
kau dekat sini? Umur kau?”
Eve menarik kasar
rambut violet sambil gelak jahat sehingga membuat gadis itu menjerit kesakitan.
“baru sekarang kau nak tanya? Sadis!”. Violet menarik rambut eve kembali.
“arghhhh! Sakit..! harini kau buli aku je kan! Ahli sihir!”,violet tersenyum
puas. Rasakan kau. Tangannya melepaskan rambut eve apabila eve berhenti menarik
rambutnya. “kalau aku ahli sihir,kau tu bangsawan zalim. Answer me...please.
aku dah selalu cerita pasal aku,aku nak dengar cerita kau pulak”
“pretty long....”
“how
long?”,violet melihat wajah tenang eve.
“about 7
years....aku ni genius wayar putus”,eve menggosok kepala violet. Violet
membulatkan matanya. 7 tahun?! Lama tu! “genius? Tak nampak macam genius pun”
“buat apa aku nak
bagitahu kau budak kecik”,violet mengerutkan dahinya. “what? Budak kecik? kalau
aku budak kecik kau tu budak hingusan”,violet menyilangkan tangannya. Eve
tersengih. Langkahnya diaturkan ke tingkap bilik. Pandangannya dilemparkan ke
luar. Bibirnya berbisik. “budak hingusan ke aku ni kalau umur aku dah cecah 25
tahun?”
Telinga dapat
menangkap ayat yang dituturkan oleh eve walaupun eve hanya berbisik pada
dirinya sendiri. Dia menuju kearah eve dan menarik kasar lengannya. Eve masih
tetap memandang keluar. “25?!”. Eve mengangguk.
“bagus pendengaran kau ni”,eve mencubit pipi violet. Violet membelek
muka eve. Satu tamparan dihadiahkan kepada eve. “ape kau ni?!”
Violet
membulatkan mulutnya. Kedengaran bunyi ‘oooo’ yang dihasilkan oleh violet. “kau
terbantut eh?”. Eve memanjat almari bajunya yang tinggi. Punggungnya dilabuhkan
diatas almari tersebut. bibirnya membuat siulan. “woiy! Jawab la. Kau memang
terbantut kan. Aku tahuuuu”,violet membuat muka sarkastik.
“meh sini,naik
atas almari ni”,eve menepuk atas almari tersebut.
Violet
mencebikkan bibirnya. “tinggi la...aku ni pendek. Kau la turun bawah”. Eve
mengambil bola tenis yang dah berhabuk diatas. Tup! Violet menggosok kepalanya
apabila bola tenis kena tepat padanya. “kau....!”
“sekarang siapa
yang terbantut? PENDEK! Ngahahahahahaha!”,perkataan pendek sengaja ditekankan
agar violet panas. Violet mengepal penumbuknya. Almari eve digoncangkan.
Giginya diketap. Geram betul aku! Turun kau!!! Buk! Eve menggosok punggungnya.
Wuuuuu...sakitnyer....dia menjeling kearah violet yang sedang tersenyum jahat.
-------------------------
Sehelai baju
dicampak kedalam bilik eve dari luar tingkap. Tangannya mengutip baju yang
jatuh atas lantai tersebut. dari luar kelihatan violet mengangkat tangan kanannya.
“yow! Baru lepas bersenam ke?”,violet melihat baju eve yang lencun akibat peluh
sambil tersengih. “masuk lah”,eve berjalan mendekati tingkap tersebut.
“jom
keluar”,violet tersenyum ceria dari atas pokok. Eve menundukkan kepalanya. “aku
tak boleh.”
Violet
mengerutkan dahinya. “why?”. Eve membuat muka bosan. “tanya la makcik kau tu
apsal dia buat alarm kalau aku keluar. Aku tak faham betul. Ni pun alarm orang
masuk aku dah buang tau. Kalau tak dah lama kau kena tangkap dengan makcik kau
tu.” Violet meneguk airliurnya. Ngeri jugak makcik aku ni.
“tapi kau kan
genius. Mesti kau boleh buang alarm tu”. Eve mencekak pinggangnya sambil
mengeluh. “kau ingat senang? Dah berpuluh kali aku cuba buat. Lagi lagi bila
kau ada...”,suara eve semakin mendatar. Violet membuat muka hairan. “apa kau
cakap?”. Eve menggelengkan kepalanya laju.
Bibir bawahnya
digigit. “tapi..aku nak keluar dengan kau. Aku baru je habis exam.” Eve
menggaru kepalanya. Lemah betul aku kalau dia buat muka macam ni. “give me one
whole day. Esok kau datang balik”. Tingkap biliknya yang ditutup kasar membuat
violet terpinga pinga. Bibirnya terus mengukirkan senyuman lebar.
Eve mengeluarkan
segala peralatan elektroniknya. Bukan dia tak pernah cuba nak buat benda ni.
Tapi dia belum faham lagi macam mana nak matikan alarm ni. Alarm ni berbeza
daripada alarm yang dulu dia buat. Matanya meneliti pengesan elektronik pada
tingkap tersebut. mindanya membayangkan muka minta simpati violet. Tiba tiba
telefonnya bergetar. Tangannya segera menyeluk poket seluar. Telefon nokia lama
tersebut ditatapnya. Butang hijau ditekan. “helo....”,kedengaran suara
perempuan menyapanya dari hujung talian tersebut.
-------------
Kedengaran bunyi
tingkap diketuk. Eve membuka tingkap biliknya dan membuat isyarat masuk.
“how?”. Eve menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Mestilah boleh,sehari
suntuk aku tak tidur kerjakan benda ni. Lagi beberapa minit cukup la 24 jam aku
tak tidur. Ni pun baru siap. Violet melangkah masuk kedalam bilik tersebut.
kelihatan screwdriver,playar,wayar lagi entah apa lagi entah benda benda tu
bersepah atas lantai. Violet menyentuh barangan tersebut.
“weyh..tolong
kemaskan. Itupun kalau kau nak aku ikut kau la”,violet menganggukkan kepalanya
laju. Eve masih memerhatikan violet yang sedang mengemas. Violet nampak cantik
harini. Tak sangka dia sanggup pakai skirt lepastu panjat pokok. Rare betul.
Bibirnya tersengih. Sekarang siapa yang lagi gila? Aku ataupun dia? Heh.
Tangannya mencapai tuala di tepi. Kakinya diaturkan ke tandas.
Violet duduk
diatas pokok sambil menunggu eve bersiap. Eve membuka tingkapnya. “jum orang
gila! Kita tengok dunia luar!”,violet berbisik pada eve dan pantas turun
daripada pokok tersebut. eve terkial kial turun daripada pokok tersebut.
“makcik kau takde
ke?”,soalnya sambil menggenggam rumput rumput pendek. Dah lama dia tak jejakkan
kaki atas tanah. Bayangkan 7 tahun terkurung kat dalam bilik. Nasib baik boleh
buka tingkap tu. Kalau tak mungkin dah 100% jadi gila. “tak. Makcik pergi
keluar. Lisa pula pergi dating”. Eve
gelak jahat sambil mencabut rumput rumput tersebut. violet menutup mukanya.
“jomlah. Jangan buat perangai macam ni. Malu aku!”. Eve segera bangun dan
berlari anak ke bustop berdekatan. “cepatla pendek!”,violet tersenyum lebar
sambil mengikuti langkah eve.
Eve merapatkan
kedua tangannya sambil memandang kehadapan. Kakinya masih menapak. “seronok
betul cerita tadi. Terima kasih tau sebab belanja aku tengok wayang.” Violet
menganggukkan kepalanya sambil menyedut minuman. Eve berhenti melangkah.
Pandangannya terhenti pada sebuah kedai. Violet masih tekun menyedut minuman
tersebut. tangan violet segera ditarik oleh eve menuju kedai tersebut. violet
terkesima memandang wajah ceria eve dari belakang. Happy nya...dia...
“saya nak tengok
yang ni...”,jari eve tunjuk pada sebentuk cincin dalam bekas kaca tersebut.
pekerja tersebut mengeluarkan cincin dari dalam bekas kaca. Jari eve membelek
cincin tersebut. violet terpinga pinga melihat eve. “kau nak beli untuk siapa?
Awek kau ke?”
Eve mengambil
tangan violet. Cincin tersebut disarungkan pada jari manis violet. Violet
terasa pipinya bahang. “yes! Aku dah agak!”,eve menyorak kecil melihat cincin
tersebut muat tersarung pada jari violet. Cincin tersebut ditarik keluar. “saya
nak ni. Berapa?”. Eve mengeluarkan dompetnya.
Violet terasa seperti dipanah
kilat apabila dengar harga cincin tersebut. mulutnya melopong melihat eve
mengeluarkan not not seperti kertas kosong. Eve memandang muka terkejut violet.
“kenapa?”
“tu duit..cash!
mana kau dapat duit banyak macam tu?!”,violet mengeraskan suaranya. Siapa dia
ni? Kaya betul! Selamba jer keluarkan duit tu macam takde nilai. Pekerja
tersebut menyerahkan sebuah beg kecil. Eve membuka kotak kecil. Cincin tersebut
dikeluarkan dan disarungkan pada jari manis violet. Tangan violet diangkat dan
dikucupnya. “ni memang untuk kau. Hadiah daripada aku. Terima kasih sebab hadir
dalam hidup aku. Ambil beg kecik tu. Simpan dalam beg kau”,violet memandang eve
yang dah pun berjalan keluar kedai tersebut. aku salah dengar ke? Dia bagi aku
cincin ni lepas tu dia buat macam takde apa apa je. “hey,cepatla! Aku nak
tengok tempat lain lagi ni! Dah lama aku tak keluar”,eve melambaikan tangan
kanannya seperti budak kecil.
*--*--*
“violet...”
“haa.....”,violet
mengangakan mulutnya sambil membuat muka blur. Sup! Violet segera menelan
aiskrim yang disuap oleh eve. Matanya dibulatkan. Eve tergelak melihat mulut
violet yang comot.
“mulut kau comot la wey. Jangan la buat perangai camni. Malu
aku”,eve tersengih sambil menuturkan ayat tersebut. amek kau,kena setepek
dengan aku. Violet segera mengelap mulutnya menggunakan tisu. Eve menoleh
kebelakang sambil tersengih. Sengihannya dimatikan.
Pandangannya dan krystal
bertembung. Krystal memandangnya tepat dan berjalan kearahnya.
“ohhhhh man.
Disaster! Jum lari”,eve menarik tangan violet.
“jap,kenapa?”
“makcik
kau....dengan pembantu dia”,eve menoleh kebelakang. Dah jauh sikit. Mereka
berdua berhenti. Eve menekapkan tangannya pada pipi violet. “dengar sini. Lari
sejauh yang boleh dan menyorok. Baju yang kau pakai ni tukar. Faham?”,violet
mengangguk laju. Dahinya dikucup. “lari. Aku tak nak libatkan kau”. Violet
segera berundur. Langkahnya dilajukan menjauhi eve. Dia segera menyorok di
kedai berdekatan.
Eve turut
berlari. Mampus aku kalau kena tangkap. Kantoi lar semuanya! Dia menoleh kebelakang.
Seorang lelaki bersut hitam laju mengejarnya. Pandangan eve berpinar pinar.
Kepalanya mulai sakit. Langkahnya semakin perlahan. Aduhh,time ni la nak buat
hal. Sebab aku tak tidur ke? Badannya tiba tiba rebah.
Violet mengintai
makciknya dari dalam kedai tersebut. matanya melilau mencari eve. Takde? Harap
dia dapat lepaskan diri. Tapi,kenapa dia tak nak makcik tangkap dia? Bahunya
dicuit. “cik...boleh saya bantu?”. Violet membalas senyuman pekerja wanita
tersebut.
*--*--*
Eve terus terjaga
apabila disimbah air. Nafasnya menjadi laju. “krys..tal...”.
“jadi selama ni
kau berpura pura la eh? Siapa budak perempuan dengan kau tadi? Apa motif kau
berpura pura”,krystal membaling baldi kecil tersebut ke lantai.
Eve tersengih.
“pura pura? Apa itu pura pura? Budak perempuan? Kalau aku cakap dia awek
aku,kau akan percaya ke? Takkan la orang gila ada awek kan? Aku keluar,sebab
bosan. Bayangkan la tujuh tahun aku dikurung kat sini..”. puih! Ni pun pilihan
aku,biarkan diri aku jadi gila.
“sepatutnya aku
bunuh kau dari dulu!”
Eve mengeluarkan
pisau kecil dari dalam poketnya dan mendekati krystal. Krystal tak berganjak
daripada tempatnya. “kalau kau bunuh aku,kau dapat apa? Silap haribulan kau
yang kene bunuh balik.” Eve menoreh pipi krystal menggunakan pisau kecil tersebut.
bibirnya mengukirkan senyuman jahat. “lagipun kalau kau bunuh aku,kau tetap
kena tunggu violet umur 17 tahun kan”.
Riak muka krystal
berubah menjadi terkejut. “kau tahu?”. Eve mengangkat keningnya. “tahu apa???”
“pasal violet
dat...”
Pisau yang berada
pada tangannya dijatuhkan. “siapa violet? Hehehehehehe. Kau nak bagi beruk kat
aku ehhhh??”,eve mendekatkan mukanya pada krystal. Harap harap la dia percaya
lakonan aku ni! Eve menarik rambut krystal. “ke kau beruk nya?”,dia membuat
bunyi serta gaya beruk melompat. “hu..hu..hu...”,hidungnya menghidu bau rambut
krystal. “ada macam dalam cerita tarzan tak? aaaaaaAaaaaA...”,eve gelak
terbahak bahak setelah membuat gaya tarzan. Krystal mengangkat keningnya.
Mungkin...dia ni betul gila. Krystal menutup pintu bilik eve dan menguncinya. Kunci bilik eve ditenung.
Telefonnya pantas dikeluarkan dari poket. “helo....”
Tak lama
kemudian..
Eve terpinga
pinga melihat sekumpulan orang masuk kedalam biliknya. Violet menekapkan
telinganya pada pintu bilik. Apa benda yang bising bising tu? Tombol pintunya
dipulas. Ehhhh,kenapa macam tersekat ni? Tombol pintunya dipulas banyak kali
tapi tak berjaya. Dia bersandar pada pintu biliknya. Mesti makcik aku dah
kunci.
Krystal melambung
lambungkan kunci bilik eve sambil melihat pekerja pekerja tersebut membuat
kerja mereka. “saya nak jeriji tu siap malam ni jugak.” Eve cuba membuat riak
tenang. Keadaan makin teruk. “heyyyy,ape benda ni?”,tangannya memegang besi
tersebut. besi tersebut dihayun pada kepala salah seorang pekerja tersebut.
“abaikan dia. Dia tu tak penting pun. Saya akan bayar awak semua berkali
ganda”,krystal tersengih sambil melihat eve. Eve cuba mengacau pekerja pekerja
tersebut. tapi tak dilayan....
Keesokan
harinya....
Violet mula
memanjat pokok. Mungkin harini aku dapat jumpa eve lagi. Tiba tiba satu suara
yang amat dikenalinya menerjah ke lubang telinga.
“violet,apa kamu
buat tu?”,violet memandang kebawah. Aduh,masalah! Makcik aku pulak!
“errr,violet tetiba nampak ada burung. Comel. Heeeee”
“sini,turun...jom
ikut makcik. Kita shopping keyh. Lagi 5 hari nak birthday violet kan. Nanti
makcik nak buat birthday party”,violet membuat muka tak relanya semasa turun
pokok. Aku baru nak lepak dengan eve. Tapi,nasib baik makcik aku ni tak perasan
apa apa. “jum kita pergi makcik. Mana lisa? Dia tak ikut sekali ke?”
Krystal memeluk
bahu violet. “lisa tidur kat rumah saudara belah pakcik. Jangan risau,nanti
masa birthday violet,lisa pasti datang”,violet mengerutkan dahinya sambil
mencuri pandang tingkap bilik eve.
Eve melihat
violet yang sedang berjalan bersama krystal. Maaf violet. Aku terlalu cuai.
-------------------
Violet cuba
memejamkan matanya. Dia melihat jam di dinding. Beberapa harini aku tak dapat
nak lepak dengan eve. Lusa dah birthday party aku. Esok aku dah sibuk nak buat
persiapan. Entah kenapa aku rasa makcik macam awasi pergerakan aku jer. Violet
membuka pintu biliknya. Malam ni..aku nak lepak dengan eve. Sebelum birthday
aku.
Pintu bilik eve
dibuka dan ditutup perlahan. Dia melihat eve yang dah pun berselimut diatas
katil. Violet melabuhkan punggungnya atas lantai dan melihat wajah eve. Eve
membuka matanya perlahan.
“kenapa kau ada kat sini? Kalau makcik kau tahu..”
“jangan risau.
Dia dah tidur dah pun. Kau pulak kenapa tak tidur? Lampu bilik dah tutup.
Tinggal lampu tidur kau tu jer. Eve segera bangun dan membuka lampu biliknya.
Lubang bawah pintu tersebut ditutup menggunakan kain. “aku tak dapat tidur”
“kenapa?”,violet
membuat muka hairan. Eve membalasnya dengan senyuman. Punggungnya dilabuhkan
dihadapan piano. “sini,duduk sebelah aku”. Violet hanya mengikut arahan eve.
Eve segera bangun dari tempat duduknya. Tangannya memegang tangan violet. Jari
jemari violet digerakkan bermain piano. Violet memandang wajah eve yang
diletakkan atas bahunya. “jangan tengok aku. Tengok jari jemari kau. Aku tengah
ajar kau satu lagu ni. Aku tahu kau ni cepat belajar”,violet segera mengalihkan
pandangannya kepada piano tersebut.
“kau tahu aku
cepat belajar?”
“tahu”
“macam mana?”
“sebab aku pernah
ajar kau membaca dulu. Kau ingat tak?”,violet menggelengkan kepalanya. Eve
tergelak. “mestilah kau tak ingat. Sebab masa tu kau kecik lagi”
“kau siapa?”. Eve
tersenyum mendengar pertanyaan violet. Tangannya masih ligat menggerakkan jari
jemari violet. “belum sampai masanya lagi aku bagitahu kau”. Kepala violet
dikucupnya. Tangan violet dilepaskan. Violet terpaku seketika. Terasa
jantungnya berdegup laju. Matanya memandang cincin yang disarung oleh eve. Violet
menoleh kearah eve yang sedang membaca buku sambil baring.
Kadang kadang aku
nampak dia ni macam waras. Kadang kadang macam tak betul. Violet bangun dari
tempat duduknya dan duduk sebelah katil eve. Tangannya mengenggam tangan eve.
“kalau aku cakap aku suka kau,salah tak?”. Eve meletakkan buku tersebut
disebelahnya. Tangan violet diletakkan atas dadanya. “perasaan suka tu tak
pernah menjadi kesalahan. Sebab tu semua anugerah. Kau tak mengantuk?”,eve
mengusap kepala violet. Baik aku ubah topik. Kalau teruskan nanti jadi masalah
pulak.
Violet
menggelengkan kepalanya sambil menguap. “macam tu kau boleh cakap tak
mengantuk?”,eve turun daripada katil. Kepala violet ditarik dan diletakkan atas
ribanya. “boleh tak aku mintak kunci bilik aku?”,violet menyeluk poket
seluarnya dan menyerahkan kunci tersebut kepada eve. Matanya dah pun terpejam.
Eve membelai rambut violet. Macam dia masa kecik dulu. Dulu manja sangat dengan
aku. Heh..apa kurangnya aku ni. Aku pun manja jugak dengan dia.
Tubuh violet
diletakkan perlahan lahan diatas katil. Pintu bilik violet ditutup. Hati hati
violet. Musang sebenarnya ada kat depan kau je dan terima kasih sebab bagi aku
kunci ni.
----------------------
Sampah sampah
parti tersebut dah pun dibuang. Semuanya berjalan dengan lancar. Violet
melepaskan nafas lega. “dah habis pun birthday party ni”,ucap krystal sambil
memeluk bahu violet. Violet memberikan senyuman hambar. Ya! Dan aku rasa penat
sangat sangat! Dah la tak dapat jumpa eve! “mama...”,suara lisa menyapa
pendengaran mereka berdua. Krystal memeluk anaknya.
“mama,lepasni
lisa nak tinggal dengan ibu. Boleh tak?”,krystal bersalaman dengan ibu kandung
lisa. Dahi lisa dikucup lembut. “boleh sayang. Tapi ingat,jaga diri tau dekat
sana. Jangan nakal nakal. Okey?”,lisa mengangguk laju dan memeluk krystal. “thanks mom..”,lisa terus berlalu dengan ibu
kandungnya. Violet terasa seperti sistem pemprosesan maklumatnya hang. Apa jadi
ni?
“errr,makcik...lisa
tu...”
“dia tu anak tiri
jer. Bukan anak betul pun. Tapi dari dia kecik lagi makcik jaga dia. Biarlah.
Dia dah cukup besar untuk buat pilihan sendiri.” Violet tersenyum. I see i see.
“makcik...saya naik atas dulu tau. Saya rasa penat la”. Krystal mengangguk
sambil tersenyum.
Violet menapak
anak tangga sambil menggosok belakang lehernya. Penatnyer la sekarang ni. Tiba
tiba mulutnya ditekup. Urghhhh! Tak boleh nak bernafas! Urghhh! Pandangannya
mulai kabur. To...long....
*--*--*
Srap! Srap! Srap!
Mata violet terbuka perlahan lahan. Bunyi ape tu? Matanya melilau mencari bunyi
tersebut. kelihatan seseorang sedang mengasah pisau.
Eve keluar dari
biliknya. Tiba tiba dia rasa tidak sedap hati. Lagipun kenapa rumah ni macam
kosong jer? “violet! Violet!”. Eve menuruni anak tangga tersebut. tiba tiba dia
tersedar sesuatu. Habis lah! Kenapa aku boleh lalai! Dia mengeluarkan
handphonenya dari poket seluar. “hello. Boy! Hantar kereta dengan ‘barang’ aku
kat rumah aku sekarang. Cepat sikit!”. Talian segera dimatikan. Baik aku cari
bende tu!
Sebuah kereta
berhenti dihalaman rumah. “boy. Kenapa lambat? Aku nak cepat ni!”.
“maaf bos. Tapi
saya dah pecut habis dah tadi. Bos,ada apa bos? Tetiba pesan barang barang bos
ni kenapa?”
“pewaris syarikat
dalam bahaya”,eve terus masuk kedalam kereta meninggalkan boy terpinga pinga.
Haishhh bos aku ni! Aku ni nak balik naik ape? Suka hati jiwa buaya dia jer nak
bawa kereta tu lepas tu tinggalkan aku!
Mata eve sesekali
menjeling GPS keretanya. Jauhnya! Kenapa jauh sangat dia ni dibawa pergi?!
Harap harap sempat la! Keretanya dipecut laju.
*--*--*
“nak apa apa
tak?”
“tak. Saya Cuma
nak lepas. Lepaskan saya”
“dari tadi aku
tanya kau tak nak jawab. Mane boleh lepaskan kau violet sayang....”, dagu
violet diangkat menggunakan revolver. “permintaan terakhir...ada tak?”. Violet
mendengus kasar. Kau rupanya gunting dalam lipatan.
Tiba tiba pintu
gudang tercabut. Krystal mendongak. Wow! Hero dah sampai! “lawa! Sampai boleh
hancur pintu gudang kau kerjakan. Cuma nasib kurang baik sebab gudang ni terlindung
daripada khalayak ramai. Hahahahahahahaha!”,telinga violet terasa bingit mendengar
makciknya gelak.
Eve turun dari
kereta tersebut. bahu kanannya disangkut senjata M16,tangan kirinya pula
memegang senjata AK-47. Di pinggangnya terdapat dua pistol jenis revolver.
Krystal tersenyum lebar melihat gaya eve. “wow! Fully armed! Tunjuk macho depan
awek pujaan ke?”
Eve tersengih.
“kau nak mana satu? Aku ada tiga jenis kat sini. Semua boleh guna.” Krystal
menjatuhkan pistol nya. “kita bertarung manual”. Eve menjatuhkan senjatanya.
“bring it on!”
Rambutnya
disanggulkan. Krystal berlari laju kehadapan
menuju eve. “eve! Dia ada pisau!”,krystal menjeling violet yang diikat pada
kerusi. “patutnya aku bunuh dia dari tadi. Aku dah boleh dapatkan semua harta
dia!”,krystal membulatkan matanya sambil tersenyum lebar. “betul tak
gila?”,sambungnya lagi. Eve pantas menyepak kakinya membuat krystal terjatuh.
Krystal sempat bangun. Pisau pada tangannya dihayun secara rambang. Eve menepuk
kuat dahi krystal pisau yang berada pada tangan krystal pantas dirampas. Eve
membawa pisau tersebut dan menyerahkannya pada tangan violet. “cepat..putuskan
tali ni”,violet mengangguk laju. Dahinya berkerut memutuskan tali tersebut.
Tanpa
sedar,krystal dah pun aim eve. Eve
segera mengeluarkan pistol revolvernya. “aku pantang kalau ada orang sentuh
baby aku. Letak ke bawah!”.
“ouwwww. Your
precious huh! Tengok ni...”,kristal menjilat AK-47 milik eve. Hati eve semakin
panas melihat krystal menjilat senjatanya. “kalau tak disebabkan ugutan
syarikat,aku dah lama bunuh kau tahu tak. Kau ni menyemak jer!”,krystal gelak
besar. “aku dah gila...? tak...aku mana ade gila...aku... aku nak harta!
Hahahahahaha!”. Ni masanya! Bang! Satu tembakan tepat mengena kaki kanan
krystal. “kau nak bunuh aku? Hahahahaha! Siapa kau nak bunuh? Aku? Hahahahaha!
Aku takkan mati!!!”
Dari jauh violet
mengambil revolver kepunyaan krystal. Tangannya menggeletar semasa memegang
pistol tersebut. tapi yang membuatkan dirinya lebih menggeletar apabila krystal masih lagi aim eve.
Bang! Bang! Bang!
Bang! Kedengaran beberapa das tembakan dilepaskan. Violet menjatuhkan pistol
tersebut. dah..selesai. dia terduduk melihat krystal yang dah ditembak olehnya.
Eve segera mendapatkan violet yang dah pun pengsan.
--------------
Pintu bilik
diketuk. “masuk”,violet melihat eve di muka pintu. “feel better?”,tangannya
ringan mengusap kepala violet. Violet menundukkan kepalanya sambil tersenyum.
“maaflah aku tak dapat nak jenguk kau beberapa hari ni. Aku sibuk uruskan
syarikat.”,violet mengangguk tanda faham.
“errr,eve. Aku
tak faham apa yang jadi sebenarnya.”
“kau ingat lagi
kemalangan 10 tahun dulu?”,violet menganggukkan kepalanya. “masa tu kau 7
tahun. Aku pula 15 tahun. Krystal 24 tahun. Krystal ni macam yang kau tahu adik
ayah kau. Ayah kau salah satu pengurus syarikat keluarga aku. Dia dapat tahu
semua harta diwariskan kepada kau. Termasuk rumah tu. Ayah aku pun serahkan
salah satu syarikatnya pada kau. Tapi masa tu kau kecil lagi,baru 7 tahun. Jadi
kena tunggu umur kau cecah 17 tahun. Ikutkan dia,awal awal lagi dia nak
hapuskan kau,tapi kalau dia hapuskan kau,harta tu takkan dapat kat dia,tapi
didermakan. Jadi dia tunggu la sampai sekarang.”
“sekarang dia ada
dekat mana?”
“dia dekat
hopital lagi. Nanti kalau dia dah sembuh konfem dia dimasukkan ke dalam
hospital bahagia”,eve gelak kecil. Violet hanya tersenyum. Terbit perasaan
bersalah sebab dia dah tembak makciknya sendiri. Darah dagingnya sendiri.
“jangan rasa bersalah. Sebab tindakan pantas kau tu la aku hidup lagi”
“mana ada aku
rasa bersalah.”
“jangan nak
tipu,wajah kau tu tunjukkan segala galanya. Aku dapat baca okey”
Violet segera
menukar topik perbualan. “habis apa kaitan dengan kau jadi gila? Mana kau dapat
senjata tu semua?”
“aku berlakon
jadi gila sebab nak lindungi kau. Faham? Dengan cara tu je aku akan dapat tahu
apa yang krystal rancangkan. Pasal senjata tu...sebenarnya ni top secret.
Keluarga aku ni sebenarnya ahli kongsi gelap. Dan krystal takkan dapat disoal
siasat sebab hospital tu,hospital persendirian. Kira privacy dapat
ditingkatkan. Awesome tak hidup aku ni?”,eve membuat thumbs up sambil tersenyum
nakal.
Violet memandang
wajah eve. Baru aku ingat. Dia la yang selalu dengan aku dulu. Susah betul nak
ingat balik pasal dia ni. Takpela. Lagipun bak kata dia masa tu aku kecik lagi.
Dia pun dah banyak berubah. Seorang perempuan masuk kedalam bilik tersebut.
“sayang...dah
setel?”
“sekejap lagi.
Sikit lagi okey? Awak tunggu dekat luar dulu”
Perempuan
tersebut menutup pintu kembali. Violet mengangkat keningnya. “sayang?”,nafasnya
menjadi laju. Eve menundukkan kepalanya. Senyuman hambar diukirkan. “dia..tunang
aku. Tunang mengikut wasiat. Aku...hah...aku”
“kenapa kau tiba
tiba gagap?”
“aku rasa ni
mungkin last kita jumpa.”
Violet merasakan
hatinya bagai dicarik carik. “tapi aku akan uruskan salah satu syarikat ayah
kau.takkan la ni last?!”
“aku akan kahwin.
Aku akan pindah ke luar negara. Jaga diri.”,eve segera bangun dari tempat
duduknya. Dia tak mampu untuk pandang wajah violet. Violet menarik tangan eve.
“tapi aku suka kau. Jangan la pergi”
Eve terus memeluk
tubuh kecil violet. “aku cintakan kau. Tapi apa yang aku boleh buat? Aku
terpaksa pergi”,bibirnya berbisik pada telinga violet. Pelukan tersebut
dilepaskan perlahan. Eve terus berjalan tanpa menoleh kebelakang. Aku nak hidup
dengan kau violet. Tapi aku tak boleh. Perkahwinan ni melibatkan antara dua
buah keluarga dan melibatkan hubungan perniagaan. Aku anak tunggal. Satu
satunya pewaris tunggal. Aku harus teruskan dan pastikan perniagaan keluarga
aku maju. Aku minta maaf violet. Tapi aku nak kau tahu,perasaan aku bukan
mainan. Pintu bilik violet ditutup rapat.
Violet hanya
dapat memerhatikan eve pergi. Airmatanya menitis dari mata kiri. Dia menoleh
pada sebuah camcorder sebelah lampu tidur. Airmatanya dikesat. Apa benda ni?
Jarinya segera menekan punat. Ada video la. Jarinya menekan ikon play.
Badan violet
tersandar pada kepala katil. Video ni? Sejak bila dia ambil? Aku tak perasan
pun. Dia memerhatikan video eve mengajarnya bermain piano.
“jangan
tengok aku. Tengok jari jemari kau. Aku tengah ajar kau satu lagu ni. Aku tahu
kau ni cepat belajar”
Suara eve jelas
di telinganya. Camcorder tersebut
ditutup. Matanya dipejamkan. Bibir bawahnya digigit. aku tak mampu buat apa
apa.
-----------------
Violet membuka
pintu bilik eve. Dia memerhatikan sekeliling bilik tersebut. kakinya melangkah
masuk. Almari baju eve dibuka. Baju dah takde. Pintu almari ditutup semula.
Bandannya disandarkan pada almari tersebut. dia memandang piano yang masih ada
dalam bilik tersebut. piano tersebut dipandangnya. Punggungnya dilabuhkan. Jari
jemarinya ligat bergerak. Krekkkk! Violet berhenti bermain piano. Dia melangkah
kearah pintu. Tadi..aku rasa ada orang. Violet mengukirkan senyuman hambar.
Mungkin perasaan aku jer. Aku terlalu berharap eve ada dekat sini.
“bos...”
“kita gerak
sekarang boy..”,eve memakai cermin mata hitamnya. Boy membukakan pintu kereta.
“bos okey?”
“probably...”,pandangannya
dilemparkan keluar. Selamat tinggal violet. Aku cukup bersyukur dapat tengok
kau tadi.
The End