Sejarah
- berasal dari Indonesia
- kedatangan masyarakat dari Indonesia menjadi faktor kedatangan budaya ini ke Tanah Melayu
- bermula daripada seorang individu yang bernama Daeng Soetigna. kejayaan mereka cipta peralatan ini menyebabkan beliau digelar sebagai Bapa Angklung Indonesia
- latar belakangnya: seorang pendidik dan seniman
- awalnya angklung dikenali dengan dua perkataan
- angka bermaksud nada manakala lung bermaksud rosak atau hilang
- kesimpulannya, ia bermaksud nada yang tidak lengkap
- bahan yang diperlukan: buluh dan rotan SAHAJA
- kebiasaannya buluh hitam digunakan sebagai bahan asas angklung. Sebelum itu, buluh dijemur terlebih dahulu kira-kira satu tahun supaya buluh yang digunakan betul-betul kering dan menghasilkan kualiti angklung yang terbaik
- selepas dijemur, buluh akan diukur mengikut saiz yang diperlukan sebelum dipotong.
- ia akan direndam di dalam air lumpur atau cecair berunsur kimia seperti soda unutk menghilangkan kototran dan hama
- proses jemuran diulang sehingga buluh berada dalam keadaan kering
- setelah kering, ia mula dipasang sehingga membantuk sebuah rangka siap, barulah penghasilan bunyi pada angklung dilakukan
- bahagian hujung angklung dipotong dan diraut menggunakan bilah pisau bagi mendapatkan saiz yang dikehendaki
- ada teknik untuk mendapatkan bunyi yang lebih baik. caranya: pembuat angklunf meniup banyak kali angklung tersebut sehingga mendapat bunyi yang dikehendaki
- langkah utama dalam menentukan nada angklung: mengetuk, meniup, mendengar
*Setelah selesai, setiap bahagian pertemuan buluh diikat dengan kemas supaya tidak longgar dan berada dalam kualiti yang baik
Bagaimana angklung menghasilkan bunyi?
- disebabkan geseran antara buluh dan cara bermain iaitu dengan menggongcangkannya. Tambahan lagi, setiap angklung mengeluarkan nada yang berbeza oleh itu, permainan ini perlu dimainkan lebih daripada seorang individu
Maaf la takde gambar, rasa malas pulak nak letak gambar, hahahhahaha
Sumber: Kemerduan Angklung, Nur Amira Tuah. Infiniti, Edisi ke-70, Mac 2015
No comments:
Post a Comment